Photobucket

Thursday 20 September 2012

Hippocrates



Hippocrates (460-377 S.M.) beliau menyatakan penyakit tidak disebabkan oleh makhluk halus, seperti jin atau syaitan tetapi disebabkan oleh sisa makanan dalam tubuh badan yang timbul akibat memakan makanan yang tidak sesuai, sisa makanan akan mengeluarkan wap dan wap inilah yang menyebabkan penyakit. Oleh itu, cara pengubatan yang disyorkan ialah berpantang , senaman juga ditekankan dalam perubatan Yunani.
Beliau juga menyatakan bahawa dalam tubuh manusia terdapat darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam yang menjadi penentu kepada tubuh badan kerana boleh mencetuskan rasa sakit atau menentukan kesihatan - dalam tubuh terdapat empat humor, iaitu kahak, darah, hempedu dan air - punca darah ialah jantung - punca lendir ialah kepala, punca air ialah limpa dan punca hempedu ialah hati.

1 comment:

  1. beliau adalah seorang tokoh perubatan yang mula-mula menyatakan bahawa kesakitan yang dihidapi oleh manusia adalah disebabkan dengan sisa makanan yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Beliau juga menyangkal pendapat tokoh perubatan sebelumnya yang menyatakan sakit mausia adalah disebabkan oleh makhluk halus dan jin. Dengan berdasarkan prinsip perubatan yang dikeluarkan oleh Hippocrates inilah yang telah memulakan kajian perubatan yang mendalam terhadap manusia dan dapat mengenalpasti punca kesakitan yang dialami manusia pada zaman tersebut...

    ReplyDelete