Photobucket

Thursday, 27 September 2012

Perkembangan Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam


Perkembangan dan Pengajian Ilmu Sains dan Teknologi Dalam Sejarah Tamadun Islam



1.   Pengenalan

·       Terdapat banyak pernyataan al Quran dan hadith mengenai kewajipan umat Islam membuat pemerhatian, penyelidikan dan mempelajari mengenai alam tabii. Ia adalah asas kepada sains dan teknologi.
·       Objektif pemerhatian penyelidikan mengenai alam adalah memenuhi dua objektif iaitu ;
                        i.      Mengenal secara terperinci hukum alam dan mengambil faedah darinya dari sudut gunaan atas sifat manusia adalah khalifah Allah.
                    ii.      Mengenal keagungan Allah tadbiran dan keagungan ZatNya.
·       Antara ayat yang mengarah kepada pemerhatian dan penyelidikan alam tabii dan fenomenanya adalah ;
                        i.      “Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memerhatikan alam langit dan bumi dan seagla yang diciptakan Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka”. Surah al A’raf (7) : 185
                    ii.      “Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula, maka tidakkah mereka memandang ke langit, bagaimana kami membinanya serta kami hiaskannya dengan bintang-bintang dengan keadaan tidak ada padanya retak renggang...”. Surah Qaaf (50) : 6-8
                 iii.      “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal”. Surah Ali Imran (3) : 190
                 iv.      “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”. Surah Fussilat (41) : 53
·       Seruan dan arahan pernyataan Allah ini telah menjadi titik tolak kepada ilmuan Islam mengkaji mengenai alam dan fenomenanya. Melaluinya melahirkan saintis dan teknologi Islam dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi.


2.   Pandangan ilmuan mengenai pencapaian sains dan teknologi umat Islam

·       Terdapat ilmuan Barat beranggapan kedudukan umat Islam dan ilmuan sainsnya hanya sekadar memindahkan dari pencapaian sains Yunani dan lain tamadun sebelum Islam.
·       Sebahagian ilmuan Barat lain pula menafikan sebarang sumbangan umat Islam dalam sains dan teknologi.
·       Anggapan negatif ini adalah tidak benar kerana aspek ilmu-ilmu berkaitan kebendaan seperti aspek sains, teknologi dan yan seumpamanya bersifat dimiliki secara bersama dan manusia dalam sejarah peradaban manusia berperanan memperkembang, menyempurna dan saling pinjam-memimjam antara satu sama lain.
·       Bagi pihak yang menafikan peranan umat Islam dalam sains atau peranannya sekadar memindahkan dari tamadun lain bererti penafian hukum sains tunduk kepada hukum sains sebagai tertakluk kepada pengembangan di samping penafian realiti umat Islam dalam sejarah tamadun manusia.
·       Penafian sumbangan Islam dalam sains kecuali sekadar pemindahan bererti penafian kepada kemajuan Barat moden kesan dari kemajuan Islam dalam sains dan teknologi kerana tamadun Barat dalam kemajuan sains dan teknologinya hasil pemindahan dari tamadun Islam di Baghdad, Sepanyol dan Kepulauan Sicily.


3.   Pertumbuhan sains dan teknologi Islam

·       Abu Hasyim Khalid b Yazib b Mu’awiyah b Abu Sufian al Umawi (m.90H), hakim Quraisy, adalah tokoh ilmuan sains terawal khusus dalam disiplin ilmu kimia dan perubatan. Bertanggungjawab menterjemah dan mengajar Arab dalam sains di samping menterjemah sains dan teknologi Mesir dan Yunani.
·       Khalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah memberi perhatian dalam penterjemahan buku Yunani ke bahasa Arab bagi pengembangan pembelajaran sains dan teknologi. Antara khalifah yang memainkan peranan penting ialah Abu Ja’far al Mansur.
·       Khalifah al Ma’mun membangunkan institusi seperti Bayt al Hikmah untuk pengkajian sains dan teknologi.
·       Berkembang pembelajaran sains dan teknologi di bandar-bandar utama yang dibangunkan umat Islam seperti Baghdad dan Cordova.
·       Terdapat pernyataan al Quran dan hadith mengenai aspek sains dan teknologi telah mendorong kajian dalam bentuk kesepaduan antara pernyataan wahyu dan penyelidikan praktikal di kalangan umat Islam.
·       Lahir tokoh penterjemah dan pengkajian sains seperti Hunain b Ishak, al Kandi al Fazari, Ibn Musa, Ibn al Haitham, al Khawarizm dan selainnya.
·       Lahir institusi bagi pembelajaran dan penyelidikan sains dan teknologi seperti balai cerap, maristan (hospital besar), Dar al Hikmah, Bayt al Hikmah dan selainnya.
·       Lahirnya beberapa teori sains, matematik dan selainnya yang diperkenal di peringkat awal oleh umat Islam.
·       Munculnya tokoh dan ilmuan sains dan teknologi mewakili umat Islam dalam pelbagai disiplin sains seperti pakar perubatan, ahli kimia, ilmuan matematik dan selainnya.
·       Walaupun institusi sejarah pertumbuhan sistem persekolahan Islam lebih menitikberatkan pengajian agama, keadaan ini tidak bererti pembelajaran sains kurang diberi perhatian kerana ia dipelajari di institusi-institusi khas seperti maristan dan balai cerap kerana sains lebih berbentuk praktikal.

2 comments:

  1. dalam perkembangan awal bidang sains dan teknologi dalam sesuatu tamadun itu, bidang penterjemahan amatlah dititik beratkan. ini kerana dengan adanya proses penterjemahan, ia telah membawa sains dan teknologi ini ke serata dunia islam. tokoh penterjemahan amatlah dipandang tinggi selain dari tokoh sains dan teknologi itu sendiri sehinggakan bayt al-hikmah telah dibangunkan dalam memperkasakan bidang sains dan teknologi ini dalam seluruh dunia islam. pengaliran ilmu ini telah bergerak jauh ke merata tempat seperti Baghdad, Sepanyol dan Kepulauan Sicily. Walaupun institusi sejarah pertumbuhan sistem keagamaan, politik amat dititikberatkan, namum perkembangan dalam bidang ini tidak disia-siakan.

    ReplyDelete
  2. Tolong bgtahu 2 buah buku yg boleh saya rujuk ttg ni..

    ReplyDelete